Dari kecil lagi dah minat, Ubai dedah satu rahsia ramai yang tidak tahu rupa-rupanya dia siap kumpul duit 50 sen sehari nak beli album Shila Amzah.
Melalui satu video yang dimuat naik oleh Astro Gempak, pasangan pengantin baru iaitu penyanyi, Shila Amzah dan suami, Ubai telah mendedahkan satu kisah.
Ubai berkata sewaktu masih dibangku sekolah, dirinya pernah mengumpul duit belanja sebanyak 50 sen setiap hari untuk membeli album Shila.
Bahkan ibunya sering memberi RM3 untuk buat belanja seperti bas, makanan serta minuman, jadinya 50 sen itu adalah lebihan bagi membeli album isterinya.
Setelah berjaya mengumpul duit untuk membeli album tersebut, Ubai berkata dia dimarahi oleh arwah ibu kerana setiap masa memasang album berkenaan.
Dalam pada masa menceritakan kisah lucu, selebriti media sosial itu turut berkata dirinya sudah bersedia untuk menjadi ayah tiri buat anak tunggal Shila, Seth Uwais.
Sekadar info, Shila Amzah dan Ubai selamat disatukan pada 5 Ogos lalu, Sabtu dengan sekali lafaz di sebuah hotel di ibu kota.
Baca juga: SPR serbu ceramah Pas buat atas masjid