“Dari sebelum pisah kau tak pernah single la perempuan”- Fizi Ali hilang sabar, bengang dinafikan hak untuk berjumpa anak sendiri

Itulah kata-kata yang diutarakan oleh penyampai radio, Fizi Ali, terhadap bekas isterinya iaitu Shakilla Khoriri setelah kehilangan kesabaran dengan sikap wanita tersebut yang seolah-olah menafikan haknya sebagai seorang bapa.

Tindakan Fizi, atau nama penuhnya Mohd. Hafizudin Alimudin, berkait rapat dengan isu tidak dibenarkan berjumpa anak tunggal mereka Ameena Sofea, sejak beberapa bulan yang lalu hingga kini.

Dalam hantaran yang dimuat naik oleh Fizi melalui InstaStory miliknya, dia turut mendakwa bahawa Shakilla sebenarnya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

“Bapa dia kau elakkan jumpa. Kekasih kau bawa jumpa. Siap pimpin tangan anak. Kau ‘claim’ hidup single sorang-sorang,” katanya.

Dalam hantaran yang sama, Fizi juga mengkritik tindakan Shakilla yang dianggapnya berpura-pura menjadi mangsa keadaan dengan membesarkan anak sendirian dan menafikan semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Selain itu, Fizi juga mendakwa bahawa kekasih Shakilla yang dianggap sebagai ‘penyondol’ turut diterima dengan baik dalam keluarga bekas isterinya.

“Depan netizen acah-acah suci, hidup seorang besarkan anak. Lepas itu nafikan semua benda. Keluarga dia siap terima penyondol itu.

“Kifarah ada, tak kena pada diri sendiri, nanti kena pada ahli keluarga sendiri,” ujarnya.

Sebelum ini, Fizi telah meluahkan rasa kesalnya apabila niat untuk berjumpa dengan Ameena semasa majlis graduasi di sebuah tadika pada 11 November lalu tidak dapat terlaksana atas sebab-sebab yang tertentu.

Baca juga: Wanita kongsi rakaman ‘jeritan dari kubur’, meremang bila ingat suara sayup-sayup seolah minta tolong