Dasar biawak hidup! Wanita ini bagi RM500 sebulan kepada kekasih takut kena tinggal-Bagi dekat mak RM50 sebulan

“Dik, ini bukan pakwe ni. Ni biawak hidup yang hanat,”kata salah seorang netizen sebaik sahaja mengetahui hal ini.

Tapi masalahnya ramai yang tidak nampak ‘red flag‘ pada pasangan mereka kerana dikaburi dengan perasaan sayang terhadap mereka.

Zaman bercinta memang kita akan kenal dengan pasangan untuk tahu sama ada mereka ini sesuai atau boleh ke fasa yang lebih serius.

Seperti seorang individu ini yang berkongsi tentang teman lelakinya dan ia meraih perhatian warganet selepas dia akui menanggung kekasihnya.

Wanita tersebut mendedahkan dia bekerja dengan gaji RM2,000 dan memberikan RM500 kepada teman lelakinya setiap bulan.

Bagi pakwe RM500, tak bagi takut kena tinggal. Bagi emak RM50 nasib emak memahami anak dia susah.

Pengakuan wanita tersebut mengundang pelbagai respon daripada warganet di mana rata-ratanya mengkritiknya kerana masih bersama dengan kekasihnya.

Ramai yang melabel lelaki berkenaan sebagai ‘biawak hidup’ dan menasihati wanita tersebut untuk sedar bahawa dia sebenarnya dipergunakan oleh kekasihnya itu.

“Dik, ini bukan pakwe ni. Ni biawak hidup yang hanat.”

Sesetengah individu berkata lebih baik jumlah wang digunakan untuk menanggung kekasihnya itu diberikan kepada ibu bapa yang memerlukan.

Baca juga: Lelaki ini raih pendapatan lumayan selepas servis videografi perkahwinan berbekalkan iPhone-Murah serendah RM200 je