Datang ke Mekah sebagai tetamu Allah, tetapi tidak beradab. Itu yang boleh dikatakan terhadap trend di TikTok merakam aksi cium dinding Kaabah.
Aksi sia-sia yang tersebar itu menyaksikan mereka tergamak membuat rakaman video tersebut ketika jemaah lain sedang berebut-rebut untuk menyentuh Kaabah.
Jemaah tidak beradab itu dilihat bersilang tangan sehingga mengganggu ibadat orang lain semata-mata mahu mengikut trend TikTok.
Tidak kurang juga yang nampaknya merakam aksi menangis sebak lagi.
Susulan itu, warganet mempersoalkan sikap mereka terbabit yang jelas tidak menghormati tempat suci umat Islam.
Malah, aksi tersebut juga mengundang persoalan memandangkan jemaah biasanya berusaha untuk menyentuh atau mencium Hajar Aswad semasa tawaf sebagai ibadah dan memohon keberkatan.
Mencium atau menyentuh Hajar Aswad bukannya mencium kiswah!
“Buat apa cium dinding tu. Kalau pergi sana cuba tenang saja, dapat tidak dapat cium Hajar Aswad tu bukan wajib pun.
“Yang wajib menunaikan ibadah haji itu saja. Yang wajib solatnya. Doa minta kepada Allah pencipta alam semesta Tuhan Yang Esa.
“Pergi Mekah untuk buat ibadah. Setakat nak pergi untuk berTikTok baik tak payah pergi, sia-sia perhabis duit.
“Nawaitu kalau dah sampai kat sana nak buat video sebab itulah, tu penting niat betul-betul,” demikian komentar warga maya.
BACA JUGA Bercuti ke Langkawi, Shila Amzah dedah terkena gangguan misteri di bilik hotel