Pasti tidak mudah untuk pasangan yang sudah berumahtangga berpuluh tahun untuk menerima ketentuan ilahi apabila ikatan yang dibina telah terlerai.
Sebagaimana bekas isteri Datuk Red iaitu Sharifah Norshafila Hashim yang sepertinya enggan menerima takdir setelah berpisah dengan bekas suaminya.
Itu dapat dilihat dengan perkongsian videonya di akaun tiktok ketika mengemas barang-barang bekas suaminya.
Paling menyentuh hati adalah ketika Shafila merenung dengan pandangan sayu ke arah almari yang telah dikosongkan itu.
“Separuh jiwaku pergi”
Shafila turut menggunakan audio yang berkongsi kisah mengenai kesabaran, kekuatan dan kasih sayang dari Allah SWT.
Menjengah ke ruangan komen, ramai turut sebak melihat hantaran itu ketika mana Datuk Red ketika ini sedang bergembira apabila sering berkongsi ‘live’ Tiktok bersama bekas isterinya yang kedua iaitu Adira.
“Sabar ya. Insya-Allah lepas hujan pasti ada pelangi. Allah tau Shafila kuat.”
“Betul, tak mudah untuk melupakan lagi-lagi dah hampir 20 tahun bersama. Minta pada Allah semoga hati sentiasa reda.”
“Bagusnya, nak kemas ni semua pun perlu kekuatan. Teruskan, ramai yang sokong.”
Terdahulu, Datuk Red memaklumkan bahawa tempoh idah bekas isteri pertamanya itu telah selesai sejak 13 Julai lalu.
Baca juga: Wanita terkejut ‘tertempah’ seluruh hotel di Bali, akui cuma bawa 7 sekeluarga sahaja