Datuk Bandar di Mexico kahwini aligator yang dianggap sebagai Dewa Tanah Air Negara. Ritual tersebut didakwa mampu membawa kemakmuran kepada kampung itu.
Menurut laporan Daily Mail, Datuk Bandar San Pedro Huamelula, Victor Hugo Sosa berkahwin dengan haiwan berkenaan sebagai sebahagian daripada ritual perkahwinan Orang Asli di sebuah kampung di Oaxaca, Mexico.
‘Little Princess’ dianggap Dewa
Reptilia yang dikahwini itu berusia tujuh tahun dan diberi gelaran ‘Little Princess’ kerana dianggap sebagai dewa yang mewakili tanah air negara tersebut.
Perkahwinan itu pula didakwa melambangkan penggabungan manusia dengan ‘Tuhan’.
Cium aligator yang diikat mulut
Dalam satu majlis yang penuh warna-warni, orang ramai dilihat menari dengan iringan muzik tradisional, dan Datuk Bandar itu diminta untuk mencium ‘pengantin perempuan’ tersebut.
Ibu baptis yang menganjurkan perkahwinan itu, Elia Edith Aguilar berkata, dia sangat gembira dan bangga dengan asal usulnya.
Anggap tradisi itu indah
Ia satu tradisi yang sangat indah, adalah satu keistimewaan untuk diamanahkan bagi menjalankan upacara ini.
Tambahnya, dia telah menghabiskan banyak masa untuk memikirkan ‘busana’ yang akan dipakai oleh aligator terbabit.
Ikat muncung, bimbang jika mulut digigit
Bahagian muncung aligator kecil itu dilihat terikat dengan rapat dipercayai untuk mengelak gigitan yang tidak diingini ketika Datuk Bandar menciumnya sepanjang majlis.
Difahamkan, ritual perkahwinan itu mungkin bermula sejak berabad-abad lamanya hingga zaman pra-Hispanik dalam kalangan masyarakat Orang Asli Chontal dan Huave di negeri Oaxaca.
Baca Juga: Bapa terkedu lihat anak dan cucu berlumuran darah, menantu bogel naik motor