Datuk Lela Maharaja meninggal dunia

Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman, telah meninggal dunia pada pukul 9.15 pagi tadi di kediaman rasminya. Beliau berusia 83 tahun dan meninggal dunia akibat sakit tua.

Kematian beliau diumumkan oleh Datuk Perba, Abdul Razak Mohd Yassin. Menurut kenyataan rasmi daripada Balai Rasmi Undang Luak Rembau, jenazah Allahyarham akan disolatkan di surau Balai Kediaman Rasmi Undang Luak Rembau pada pukul 12.30 tengah hari ini.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Mungkal Sepri selepas solat asar. Allahyarham Muhamad Sharip dan isteri, Allahyarhamah Tok Puan Siti Ramalah Yunus, memiliki lima orang anak lelaki.

Allahyarham Muhamad Sharip dimasyhurkan sebagai Undang Luak Rembau yang ke-21 pada 21 November 1998. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar bagi masyarakat Rembau dan seluruh Negeri Sembilan.

Baca: Keberanian Anwar dipuji ramai, terus gunakan platform dunia selar sikap hipokrit kuasa besar