Usahawan Datuk Seri Adnan Abu tidak mahu bergantung hanya dari ‘gift’ penontonnya dalam setiap siaran langsung di akun TikTok miliknya sebagai sumber pendapatan.
Sebaliknya, Adnan atau yang mesra disapa Datuk Red, 46, menyatakan bahwa dia lebih memilih jika penonton membeli produk yang dijual, kerana itulah tujuan utamanya membuat video siaran langsung di platform tersebut.
“Bila buat live ramai DM nak bagi kerja dan sumbangan, tapi saya bukan minta duit cuma minta kerja, buat live pun nak cerita fasal kehidupan saya.
“Tapi orang asyik bagi ‘gift’ pada saya, sampaikan singa tak sempat nak mengaum terus datang kereta api, ikan paus… terkejut saya.
“Seronok juga kerja macam itu lepak kedai mamak, sehari boleh dapat RM10,000, kalau sebulan tak ke boleh dapat RM300,000?
“Ikutkan saya boleh je buat kerja macam itu hari-hari tapi saya tak mahu, biarlah saya meniaga sekurang-kurangnya saya dapat hasil daripada barang yang saya jual,” katanya.
Dia turut menambah tidak mahu anak-anaknya melihatnya sebagai peminta sedekah kerana selalu diberikan gift di Tiktok ‘live’.
Adnan menegaskan bahawa selagi ada kesungguhan, dia akan berusaha untuk menyelesaikan semua hutangnya sejak diisytiharkan muflis pada tahun 2019.
“Anak-anak dah tengok saya buat live TikTok, nanti mereka kata saya macam minta sedekah, tak mahu macam itu.
“Susah macam mana pun saya pilih untuk berniaga sebab tidak akan boleh selesai hutang dengan minta sedekah.
“Biarlah saya kerja sendiri, saya masih ada maruah dan masih kuat untuk cari duit,” jelasnya.
Baca juga: “Sebabkan satu peristiwa hitam tu, mak ayah tergamak berhentikan aku sekolah semata mata sebab malu”