Datuk umur 73 tahun ‘naik hantu’, 3 biji bateri disumbat dalam zakar tiba-tiba meletup

Hanya kerana ingin kepuasan seksual, seorang datuk bertindak menyumbat tiga biji bateri ke dalam kemaluannya hingga menyebabkan berlaku kecederaan.

Merujuk kepada laporan Daily Star, seorang lelaki berusia 73 tahun dilaporkan telah memasukkan tiga biji bateri ke dalam saluran zakarnya.

Namun, kejadian yang malang itu berlaku apabila bateri tersebut meletup dengan tiba-tiba didalam zakarnya hingga mengakibatkan lelaki tersebut terpaksa dibawa ke hospital selepas hampir 24 jam menanggung kesakitan yang teramat.

Susulan daripada itu, satu pembedahan telah dijalankan dan para pegawai perubatan mendapati kerosakan pada tisu selain daripada kesan luka bakar yang besar pada saluran zakar mangsa.

Sebelum ini, mangsa turut memberitahu pernah ‘menyumbat’ wayar elektrik, kutleri dan skru logam ke dalam kemaluannya untuk mendapatkan kepuasan seksual namun tidak pernah berdepan sebarang masalah.

Baca juga: Pelajar tahfiz termenung keluarga ‘hilang’ tiada yang datang jemput, netizen simpati siap nak datang jadikan anak angkat