Datuk dan nenek kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin akan dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis.
Ramai yang tidak mengetahui maksud sebenar kepada ayat jaminan polis mahupun mahkamah.
Untuk pengetahuan umum, jaminan secara umum membawa maksud satu pelepasan sementara yang diberikan kepada orang kena tuduh (OKT) oleh mahkamah untuk menunggu hari perbicaraan.
Dan disebabkan itu, orang kena tuduh akan dilepaskan namun perlu diberikan cagaran supaya kehadirannya ke mahkamah kelak dapat dipastikan.
Namun, apa pula maksud dengan jaminan polis?
Jaminan polis bermaksud individu tersebut masih dalam siasatan polis dan dipanggil suspek, mereka layak dilepaskan dan diberikan jaminan polis kerana kes masih lagi dibawah siasatan.
Manakala, bagi jaminan mahkamah pula, ia terjadi selepas seseorang atau Orang Kena Tuduh (OKT) dituduh di mahkamah yang memerlukan jaminan pihak mahkamah.
Namun, jaminan mahkamah memerlukan individu menyediakan wang untuk jaminan dan jika kes yang dituduh adalah besar, maka lagi tinggi nilai wang jaminan yang dikenakan.
Baca juga: Puasa sunat Arafah di Malaysia, jatuh pada Ahad