Kenal mengenali antara satu sama lain secara berasingan namun lelaki Ugunda berkahwin serentak 7 isteri sekali gus.
Lelaki Uganda dianggap paling beruntung apabila mengahwini tujuh isteri secara serentak pada minggu ini dan bertekad untuk memiliki anak ramai.
Kisah perkahwinannya tular di platform media sosial di mana ramai netizen ‘kagum’ dengan ‘kehandalan’ lelaki itu memikat tujuh wanita untuk dijadikan isteri.
“Saya kenal isteri-isteri ini secara berasingan dan memutuskan untuk mengahwini mereka sekali gus untuk menjadi keluarga besar,” kata Habib Nsikonnene, 43.
Beliau merupakan seorang pakar perubatan tradisional telah menghantar kereta untuk menjemput isteri-isterinya dari salon kecantikan sebelum upacara perkahwinan mereka berlangsung.
Perarakan mereka disertai lebih 40 kereta dan 30 motosikal ke majlis perkahwinan diadakan di kampung Namasengere, daerah Kamulli.
Nama tujuh pengantin didedahkan kepada umum. Mereka adalah Aisha, Fatuma, Sharifah, Rashida, Mariam, Saha dan Sinap.
Difahamkan, semua dinikahkan dalam tempoh satu hari dalam majlis yang berlangsung pada 10 September lalu.
Bapa Habib mendedahkan bahawa poligami adalah sah di Uganda dan lelaki di negara itu mempunyai ramai isteri.
Selain Habib beristeri tujuh, datuknya mempunyai enam orang isteri manakala bapanya pula mengahwini lima orang isteri.
“Anak saya mengatasi semua dalam satu masa,” jelasnya.
Baca juga: Aeril beli kereta juta-juta bukan nak menunjuk tapi sebagai motivasi