Daun kari disimpan lama boleh kering, ini tip mudah tahan berbulan-bulan baunya pun kekal

Daun kari antara bahan yang sering digunakan dalam masakan terutama untuk memasak kari atau menggoreng ayam. Aromanya yang harum memang membangkitkan selera.

Kepada yang tidak menanam pokok kari, setiap kali nak guna barulah pergi ke kedai membelinya pun begitu, bukan banyak pun kuantiti daun yang digunakan dalam masakan.

Hanya sekadar sedikit sahaja tetapi sayang pula andai lebihan dibiar kering atau dibuang begitu sahaja, kan?

Bagi mengelakkan pembaziran, Cik Rain ada tip yang dikongsikan beliau untuk tatapan orang ramai dan boleh dipraktikan. Menurut beliau, kaedah tersebut membantu membuatkan daun kari tahan berbulan-bulan lamanya.

Malah, aroma dan rasanya tetap kekal seperti sediakala, selain daun kari, kaedah itu juga boleh dilakukan jika mahu menyimpan daun lain seperti limau purut.

“Pastikan daun tersebut betul-betul kering sebelum dimasukkan ke dalam botol. Jika tidak, ia akan mudah berkulat,” kongsi Cik Rain.

DAUN SEGAR DAN HARUM

Berikut cara menyimpan daun kering:

  1. Cuci terlebih dahulu daun kari bersih-bersih.
  2. Selepas itu, lap dengan menggunakan tisu sebelum dibalut dengan kertas (boleh guna kertas surat khabar). Kemudian, simpan dalam peti sejuk.
  3. Biarkan daun tersebut dalam peti sejuk selama seminggu sebelum dibuka. Pastikan daun kari itu betul-betul kering. Kemudian, barulah masukkkan daun berkenaan dalam botol kaca lalu tutup ketat.
  4. Hasilnya, warna daun kari tetap kekal hijau. Apabila mahu digunakan dalam masakan, barulah ambil sedikit.

Cara itu juga membuatkan daun kari kembali segar dan baunya masih lagi harum.

Baca juga: Awas kereta merah burung lebih gemar melepaskan hajat, tahi burung ada bakteria berbahaya