Ramai yang berdebar menunggu pembukaan sukan yang paling ditunggu-tunggu seantero dunia iaitu sukan Olimpik Paris 2024.
Semestinya para atlet Malaysia yang bakal ke acara gah itu turut tidak sabar untuk menuai emas sulung yang bakal dihadiahkan oleh semua rakyat Malaysia.
Namun, tahukah anda siapakah atlet dari Malaysia yang bakal ke sukan Olimpik pada tahun ini? Mari kita lihat.
Berikut adalah senarai 26 atlet yang bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia:
1. Memanah:
Pasukan Wanita dan Individu Wanita: Ariana Nur Dania, Nurul Azreena Fazil, and Syaqiera Mashayikh.
2. Olahraga:
100m Lelaki: Muhd Azeem Fahmi
3. Badminton:
Perseorangan Lelaki: Lee Zii Jia
Perseorangan Wanita: Goh Jin Wei
Beregu Wanita: Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan
Beregu Lelaki: Aaron Chia dan Soh Wooi Yik
Beregu Campuran: Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei
4. Berbasikal:
Keirin dan Pecut lelaki: Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Dato’ Azizulhasni Awang
Keirin dan Pecut Wanita: Nurul Izzah Mohd Asri
Berbasikal Lebuh Raya: Nur Aisyah Mohamad Zubir
5. Terjunan:
10m Platform Lelaki: Bertrand Rhodict Lises
Papan anjal 3m wanita: Nur Dhabitah Sabri
6. Golf:
Golf Lelaki: Gavin Kyle Green
Golf Wanita: Ashley Lau Jen Wen
7. Perahu layar:
Pelayar Wanita ILCA 6: Nur Shazrin Mohamad
Pelayar Lelaki ILCA 7: Khairulnizam Afendy
8. Renang:
400m Gaya Bebas Lelaki: Khiew Hoe Yean
100m Kuak Dada Wanita: Tan Rou Xin
9. Menembak
Acara Pistol Lelaki: Johnathan Wong Guanjie
10. Angkat berat:
Lelaki (61kg): Mohamad Aniq Kasdan
Selamat berjaya kepada semua atlet yang bakal berlepas ke Paris. Moga berjaya dan dapat mengharumkan nama negara dengan emas Olimpik pertama untuk Malaysia.
Baca juga: Terkejut bila tahu identiti sebenar bomoh fitnah Zulfarhan Zulkarnain, rupa-rupanya..