Degil betul warga China ini mahu juga bawa masuk anjingnya, cara lelaki ini layan karenah pelanggan dipuji

Ramai memuji cara seorang pekerja di sebuah kedai telekomunikasi ‘Machines’ di pusat beli belah terkemuka negara melayan karenah pelanggan yang merupakan warga China.

Pekerja berbaju biru itu menerangkan larangan membawa masuk haiwan peliharaan terutamanya anjing ke dalam mana-mana premis perniagaan di pusat beli-belah tersebut.

Walau bagaimanapun, wanita dipercayai warganegara China itu mengamuk setelah tindakannya membawa masuk anjing peliharaan dihalang.

Berdasarkan hantaran seorang pengguna TikTok, Zarina berkata, pergaduhan tercetus apabila wanita berbaju putih itu tidak berpuas hati dan terus berkeras.

“Katanya, sejak bila tidak boleh bawa (haiwan peliharaan)?

“Tetapi, pekerja sudah terangkan berkali-kali bahawa wanita tersebut boleh beli, tetapi perlu bawa keluar anjing tersebut terlebih dahulu kerana semua staf beragama Islam.

“Malah, undang-undang di pusat beli-belah tersebut juga jelas menyatakan tidak boleh bawa haiwan peliharaan masuk,” jelasnya.

Jelas Zarina, ketika berada di dalam kedai itu, pelanggan lain juga masuk campur dan cuba menjelaskan kepada wanita terbabit mengenai larangan membawa haiwan ke dalam kedai.

“Suami saya pun sudah terangkan. Katanya, kalau nak senang, bawa sahaja keluar anjing kemudian masuk balik dan beli,” katanya.

Wanita berkenaan juga, kata Zarina, telah memarahinya dan meminta agar video dipadam.

“Saya cakap, kalau nak padam, baik keluar dari kedai. Tetapi, dia berdegil dan akhirnya kami terpaksa panggil pengawal keselamatan.

“Dia sampai cakap hendak buat laporan tetapi saya balas, lapor sahajalah, saya tidak takut,” ujarnya.

Rata-rata orang ramai memuji tindakan pekerja premis berkenaan yang kekal tenang dan profesional walaupun berada dalam situasi tidak menyenangkan.

“Abang yang kerja itu patut naik gaji. Tenang je layan karenah pelanggan walaupun bukan-bukan.

“Kalau kena dekat aku ni, aku dah panggil ‘security’. Malas nak layan.

“Kita semua tahu memang tak boleh bawa masuk haiwan peliharaan. Tetapi, semakin berani pula mereka ni,” demikian antara kata warganet.

BACA JUGA Alamak Raya tempat T20 ni macam imbas memori pondok di estet, reban ayam lagi lawa