Seorang influencer muslimah yang terkenal di laman sosial Tiktok, Fatin Nabila tampil membuat permohonan maaf selepas video nasihat yang menyuruh orang ramai mendekatkan diri di skrin menarik perhatian ramai.
Fatin turut menjelaskan, dirinya yang menggunakan trik tersebut hanyalah inginkan kelainan supaya orang luar tidak menyamakan diri mereka dengan orang lain.
Namun dia turut mengakui ia adalah sangat tidak sesuai untuk seorang muslimah sepertinya dalam konten yang dimuat naik itu.
“Dengan izin Allah, saya nak maklumkan bahawa niat saya buat video itu cuma satu saja iaitu saya nak sampaikan mesej supaya jangan pernah bandingkan diri kita dengan orang lain.”
“Namun saya sedar, penyampaian saya dalam mesej itu agak salah dan tidak sesuai dari segi suara dan muka yang betul-betul dekat dengan skrin.”
“Jadi dengan rendah dirinya, saya memohon maaf atas kesilapan yang telah saya lakukan dan banyak sangat yang saya belajar daripada isu ini.”
Pempengaruh itu turut memberitahu akan lebih menjaga kualiti selepas ini dan meminta orang ramai mengambik iktibar dari apa yang berlaku kepadanya.
“Untuk akan datang saya akan hasilkan kualiti video yang lebih baik dan sesuai. Banyak sangat yang saya belajar daripada kejadian ini.”
“Sebagai seorang muslim, saya akan lebih teliti dalam proses sebelum memuat naik sebarang video di media sosial, insya-Allah.”
Sebelum ini, Ustazah Asma Harun turut menegur konten yang dimuat naik oleh wanita itu hingga boleh dijadikan kandungan untuk ‘soft porn’.
Baca juga: Fenomena ‘childfree’ makin popular, ramai komen tak cukup duit punca elak ada zuriat sendiri