Pelik tapi benar.
Anda pasti pernah dengar rumah idaman Barbie, kini anda juga boleh memiliki keranda impian Barbie.
Filem ‘Barbie’ Greta Gerwig telah mencetuskan aliran budaya dan fesyen yang digelar ‘Barbiecore’, dilaporkan menyumbang kepada kekurangan cat merah jambu.
Menurut Jam Press, kini rumah pengebumian juga menawarkan peminat Barbie supaya dapat membawa cinta kepada anak patung Mattel itu hingga ke alam kubur.
“Keranda ini, dengan warna merah jambu terang yang menyerlah, mewakili momen yang tidak
dapat dilupakan yang mereka lalui,” menurut klip promosi keranda itu.
“la adalah peringatan bahawa kisah kita patut diingati dan disambut dengan warna dan semangat. Semoga penghormatan ini disambut dengan penuh kasih sayang, warna dan kenangan yang tidak dapat dilupakan.”
Satu syarikat, Olivares Funeral Home, mempromosikan keranda ‘Rumah Barbie’ mereka dengan slogan: “Jadi anda boleh berehat seperti Barbie.”