Demi kalahkan Anwar, Muhyiddin kembali ‘jilat’ Mahathir selepas 3 tahun berperang

Tiga tahun bergaduh sebab Langkah Sheraton, dua bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu malam tadi untuk membincangkan kerjasama menerusi Proklamasi Orang Melayu.

Memetik FMT, Pengerusi sekretariatnya Khairuddin Abu Hassan berkata pertemuan hampir dua jam itu membuktikan manifestasi penyatuan Melayu diusahakan Mahathir mendapat sambutan dari pelbagai pihak walaupun berlainan ideologi.

“Gerakan Proklamasi Orang Melayu secara ‘non partisan’ membuka pintu secara seluas-luasnya kepada mana-mana individu Melayu yang bersemangat untuk bersatu-padu tanpa kira apa saja fahaman ideologi politik masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Awal bulan yang lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau kini bersedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Kenyataan terbaharu beliau itu sekali gus membayangkan kedua-dua bekas Perdana Menteri berkenaan berkemungkinan boleh kembali duduk semeja selepas bermusuhan selama lebih tiga tahun.

baca juga: “Kalau saya nak keluarkan kedah dari Malaysia, saya kena tangkap tapi ‘orang’ itu bebas” – Tun Mahathir