Demi kejar view, lelaki mohon maaf buat content tanpa kebenaran di zoo

Demi kejar view, lelaki mohon maaf buat content tanpa kebenaran di zoo. Sebelum ini tular video yang memaparkan detik cemas seorang lelaki selepas bajunya ditarik orang utan. kejadian di Zoo Kasang Kulim di Riau, Indonesia.

Terbaru, lelaki tersebut dilaporkan telah membuat permohonan maaf kerana melanggar peraturan dengan memanjat pagar di zoo tersebut demi membuat content video.

Menurut Tribun News, pengurus zoo tersebut, Desrizal memaklumkan bahawa lelaki tersebut telah melompat ke dalam kandang orang utan untuk mengambil video tanpa kebenaran petugas.

Lelaki itu juga dikatakan telah melanggar peraturan dengan menendang orang utan tersebut.

Tegas Desrizal, orang ramai diminta tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan demi keselamatan bersama.

Sementara itu, video permohonan maaf yang dibuat oleh lelaki itu telah dimuat naik di Instagram rasmi Zoo Kasang Kulim.

“Saya ingin meminta maaf kepada Zoo Kasang Kulim atas perbuatan saya yang telah melompat ke dalam kandang haiwan.

“Saya juga meminta maaf kerana video tersebut tular, saya tidak ingin memberikan kesan negatif dan buruk,” kata lelaki tersebut.

Terdahulu, bajunya dilihat telah ditarik oleh orang utan tersebut sehingga terkoyak.

Ketika itu, dia dibantu oleh rakannya setelah dia menjerit meminta pertolongan.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ada yang mengecam tindakannya dan tidak kurang juga ada yang terhibur melihatnya.

Zaman sekarang, ramai buat benda yang membahayakan diri sendiri hanya kerana mengejar view di media sosial tanpa mempedulikan keselamatan diri. Bila hidup bertuhankan teknologi, inilah yang terjadi.

Baca Juga: Pengantin lelaki gugup sampai tersasul mas kahwin RM500 juta

Baca Juga: Ahli kimia ini kongsi kaedah terbaik cuci buah, sayur dari racun