Demi nak beli Iphone, pasangan ini sanggup jual bayi sendiri

Sepasang suami isteri di India tergamak menjual bayi mereka yang berusia lapan bulan semata-mata untuk membeli telefon pintar model iPhone.

Yang lebih mengejutkan, pasangan berkenaan yang berasal dari West Bengal menggunakan telefon tersebut untuk mengambil gambar dan menghasilkan video sahaja.

Perbuatan mereka terbongkar apabila penduduk tempatan mengesan perubahan tingkah laku mereka.

Mana tidaknya, pasangan yang dikenali sebagai Sathi dan Jaydev sebelum ini hidup dalam serba kekurangan namun tiba-tiba mampu menggunakan telefon mahal.

Mereka juga dilihat berjalan-jalan di sekitar kampung untuk merekod video. Penduduk kampung yang berasa curiga kemudian mendekati pasangan tersebut lalu bertanyakan mengenai telefon pintar tersebut dan keberadaan bayi mereka.

Pasangan tersebut mengaku mereka telah menjual bayi mereka. Penduduk kampung membuat laporan polis dan pasangan itu telah ditahan.

Mereka juga mendakwa pasangan itu terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Bayi tersebut berjaya ditemui di mana dia dijual kepada seorang wanita di Khardah.

Baca juga: Isteri terkejut laptop suami penuh video seks, kantoi rupanya sebelum kahwin selalu buat servis jual badan