Demi perniagaanya menjadi semakin laris, lelaki ini telah mengaku bahawa 10 tahun bertindak rendam seluar dalam ibunya dalam kuah bakso.
Seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang YouTuber Indonesia, Roy Kiyoshi yang mendedahkan mengenai seorang penjual bakso yang menggunakan seluar dalam sebagai bahan pelaris perniagaannya.
“Jadi ini dari tadi makan bakso, air rendaman seluar dalam ibu?”
“Ya, saya mengaku salah. Saya buat macam ini untuk dijadikan sebagai pelaris.”
Sudah mengamalkannya selama 10 tahun, kegiatan peniaga wanita tersebut terbongkar selepas Roy meminta beliau membuka tudung periuk sebelum menjumpai seluar dalam berwarna merah jambu di dalam kuah berkenaan.
Datang atas jemputan oleh peniaga tersebut, difahamkan sudah beberapa orang ahli keluarga yang meninggal dunia dengan tragis setiap 12 hari bulan. Malah peniaga wanita tersebut juga meminta Roy untuk membantu perniagaannya supaya lebih laris.
Namun begitu, kesahihan video tersebut tidak dapat dipastikan dan disifatkan netizen sebagai hantaran yang mahu menarik jumlah penonton.
Baca juga: Mengejutkan! Gajah masuk sekolah, nak belajar ke? Ini jawapan daripada perhilitan