Denda RM2,246.98 jika pakai bikini di pantai, tidak mahu pelancong lain tidak selesa. Datuk Bandar Sorrento menguatkuasakan peraturan baru iaitu mengenakan larangan memakai bikini dan pakaian renang menjolok mata di pusat peranginan popular di bandar tersebut.
Memetik laporan IB Times, Massimo Coppola menetapkan denda sehingga 500 Euro bersamaan RM2,246.98 kepada pelancong mahupun pengunjung yang berbikini dan memakai pakaian menjolok mata di bandar peranginan Sorrento, Itali lapor Daily Mail.
Bukan itu sahaja, peraturan tersebut juga terikat terhadap mana-mana individu yang bersiar-siar di kawasan itu tanpa memakai baju.
Pakai bikini undang ketidakselesaan penduduk tempatan
Menurut Coppola, pelancong yang berpakaian hampir bogel telah menyebabkan ketidakselesaan dan kurang disenangi penduduk tempatan.
Difahamkan, peraturan tersebut dibuat kerana Massimo Coppola mahu membanteras tingkah laku tidak sopan yang bertentangan dengan kesantunan serta peradaban rakyat di negara itu.
Sekiranya perlakuan kurang disenangi penduduk dan juga pelancong ini berleluasa, ia boleh membawa kepada penilaian negatif terhadap kualiti kehidupan di bandar kami, sekali gus memberi kesan kepada imej dan sektor pelancongan.
Sorrento adalah bandar pinggir laut di Teluk Naples yang terkenal sebagai satu lokasi tumpuan orang ramai untuk bergambar di mana ianya berlatar belakangkan bangunan indah di tepi pantai.
Selain Sorrento, bandar popular lain di Itali yang mengetengahkan peraturan etika berpakaian adalah Praia a Mare di wilayah Calabria dan Rapallo.
Baca Juga: Wanita tidak mahu teruskan perkahwinan kerana kulit pengantin lelaki terlalu gelap
Baca Juga: Kesultanan Sulu rampas aset Petronas tuntut RM63.59 bilion harus dibahas, dijawab Perdana Menteri