Denda RM54 buat pelanggan biadap, tampal notis sebagai bahan jenaka

Denda Rm54 (£10) bakal dikenakan kepada pelanggan yang biadap di sebuah pejabat pos England, namun ia hanyalah sekadar gurauan daripada pasangan yang juga pemilik cawangan terbabit.

Menerusi perkongsian di laman Reddit, papan tanda diletakkan di pejabat pos terbabit yang berbunyi ‘Jika anda menjengkelkan,menyakitkan hati atau kurang ajar, bayaran £10 (RM54) akan ditambah untuk melayan kerenah tersebut’.

Pengguna Reddit melabelkan perkara tersebut sebagai satu gurauan biasa dalam kalangan penduduk Britain.

Jurucakap Pejabat Pos berkata, pihaknya telah berbincang mengenai perkara tersebut dengan pengurusan pejabat pos berkenaan.

“’Kami telah bercakap dengan pihak pengurusan yang memberitahu mereka meletakkan papan tanda itu sebagai gurauan dengan pelanggan.

“Pasangan yang menjalankan perkhidmatan cawangan ini sangat mementingkan komuniti dan popular dalam kalangan penduduk disebabkan jenaka mereka,” kata jurucakap tersebut. – Agensi

Baca Juga: Satu per tiga rakyat Malaysia mahu cari kerja lain untuk dapat gaji lebih tinggi, majoriti mahu kerja hibrid

Baca Juga: Pemuda ini bongkar 7 strategi 99Speedmart yang membuatkan pasaraya besar boleh ‘terciduk’