Dalam perkahwinan, sangat penting bagi suami isteri untuk masing-masing mengetahui tanggungjawab mereka.
Ini kerana, di dalam islam juga mempertanggungjawabkan si suami dalam menafkahi isteri dan anaknya dan tugas sebagai isteri hanyalah untuk melayani suami.
Namun wanita ini di dalam dilema kerana suaminya tidak mahu bertanggungjawab dalam hal rumahtangga, malahan sibuk untuk menafkahi kedua orang tuanya yang uzur.
Hi, Assalamualaikum. Saya seorang isteri yang bekerja. Perjalanan nak pergi kerja sejam, balik kerja sejam. Saya kerja dan tinggal di KL. Gaji saya 2.5k dan gaji suami pun dalam 2.6k, jadi gaji kami berdua 5.1k.
Kami menyewa di KL yang bayaran sewa rumah saya dan suami kongsi untuk bayar. Kami ada seorang anak berumur 5 bulan. Kami dah berkahwin setahun. Setiap bulan, suami akan asingkan RM300 untuk barang-barang rumah.
Sebelum kami kahwin, saya ada tanya suami samada dia tanggung mak tak dan suami cakap dia tak tanggung keluarga dia atau tak. Suami masih ada mak bapak, pak mertua dah tak bekerja dan tak ada apa-apa sumber kewangan.
Mak mertua just ambil upah kerja kampung dengan gaji RM400 sebulan. Memang mak bapak in law berg4ntung pada anak-anak untuk duit. Auami ada 5 orang adik beradik. Sebagai seorang isteri, jujurnya saya makan hati dengan apa yang suami buat.
Saya tahu suami anak yang baik untuk mak bapak dia tapi seorang manusia takkan mampu untuk berlaku adil dalam tanggungjawab. Suami lebihkan everything untuk mak bapak dia dengan alasan nak tolong mak bapak sebab kesian mak bapak tak ada apa-apa sumber kewangan.
Tapi saya isteri dia, saya yang makan hati. Sebab saya bekerja, dari segi kewangan, suami memang tak tolong saya apa-apa. Dari pregnant, scan baby saya bayarkan, supplements waktu pregnant pun saya beli sendiri, semua barang-barang saya, beli guna duit saya.
Even barang-barang baby pun, suami tak ada plan nak kumpul duit untuk beli padahal tu anak kandung dia. Barang baby, saya beli sikit – sikit guna duit gaji saya. Gaji suami tolak komitmen, allocate untuk mak bapak dia.
Saya ada mintak duit dari suami untuk beli baju kerja baru, suami dengan terp4ksa bagi duit dan akan mengungkit pasal duit tu. Saya hanya mintak RM500 je untuk beli baju kerja baru, salah ke saya mintak duit dari suami?
Baru-baru ni roadtax kereta pak mertua nak kena renew dan mak mertua mintak suami renewkan. Padahal time tu pun suami nak renew roadtax kereta dia jugak. Mak mertua tinggal di kampung nak bergerak ke sana sini dengan motor which motor tu dah uzur.
Dengan ekonomi sekarang ni, suami beli motor untuk mak mertua dengan bayaran setiap bulan RM200 lebih. Now, suami terik4t commit untuk payment motor mak mertua. Baru – baru ni ada isu dengan rumah pusaka mak bapak in law dekat kampug which mak bapak in law kena keluar dari rumah pusaka tu.
Now, mak bapak in law tak ada rumah untuk tinggal. Suami pun serabut dengan problem mak mertua dan plan nak tolong amak mertua dia untuk bayar sewa rumah untuk mak bapak mertua. Padahal rumah sewa kami duduk ni pun saya yang tolong dia bayarkan.
Suami korbankan itu ini untuk mak mertua dia dengan alasan nak tolong. Banyak lagi benda-benda kecil yang suami buat untuk mak mertua, kalau nak tulis semua, tak cukup space untuk confessions ni. Tapi saya sebagai isteri, macam mana?
Mana hak saya sebagai isteri. suami tak ambil kisah langsung pasal keadaan saya sebab saya bekerja dan mak bapak dia dah tak ada sumber kewangan. Dalam Islam, memang anak lelaki kena lebihkan mak bapak ke dari isteri anak dia? Mohon yang lebih arif tolong ulaskan.
Saya tak redha dengan apa yang sepatutnya suami kena buat untuk isteri anak dia tapi suami gunakan untuk mak bapak dia. Sampai m4ti saya tak redha dan semoga Allah balas apa yang saya rasa pada suami. Dengan perbelanjaan di zaman sekarang dan tinggal di KL dan dengan gaji kami berdua, pembaca rasa kami hidup selesa ke?
Dengan gaji saya amount yang macam tu, memang sesak even ada gaji. Kadang kadang sampai kena korek saving sebab memang tak boleh cover dah. Suami nampak commitment saya sikit tapi dia tak nampak benda – benda kecil yang saya keluarkan duit untuk tolong mak mertua kami.
Pada suami, duit gaji saya tak sentuh sampaikan makan dekat kedai pun suami mintak saya bayarkan. Sekarang saya tengah kumpul all receipts yang saya tolong bayarkan include bayar sewa rumah, beli barang rumah, belanja makan luar.
Untuk saya tuntut harta sepencarian sebab saya plan nak bercerai dengan suami. Biarlah suami tolong mak bapak dia yang susah tu. Saya boleh besarkan anak seorang diri. Apa guna kalau saya still dengan suami tapi saya makan hati dan asyik berg4duh.
Anak saya patut dibesarkan dalam situasi macam ni ke? Apa yang saya lalui dalam setahun ni, pada saya cukup lah. Saya tak sanggup nak hadap for the rest of my life dah. Takkan every time nak kena buat confessions dekat sini.
Saya degree holder dan now tengah cari kerja baru dengan gaji yang saya mampu untuk besarkan anak saya. Saya kuat sebab saya ada anak saya je. Readers tolong doakan saya dapat kerja baru, mana tahu ada doa dalam kalangan readers yang Allah makbulkan. Terima kasih. – Nurul (Bukan nama sebenar)