Pepatah ada mengatakan, andai si isteri baik orangnya pasti akhlak suaminya juga begitu kerana suami isteri ini ibarat acuan. Bagaimana suami melayani isteri begitulah sang isteri di hadapan semua ahli keluarga.
Begitu juga andai si suami zalim terhadap isteri, pasti ketara perubahan sang isteri terhadap keluarga kerana tidak dilayan dengan sebaiknya.
Lelaki ini menceritakan kisahnya yang terlalu mendengar kata-kata dari keluarga hingga tergamak menceraikan isteri hanya kerana sebab yang terlalu mudah iaitu tidak tahu membancuh air.
Maru4h Isteri Tanggungjawab Suami.. TAKE NOTED PARA SUAMI.. Aku cuma nak berkongsi kisah aku supaya jangan ada yang mengulangi kesilapan yg sama. Aku berkahwin muda. Seawal usia 21 tahun.
Aku dan isteri aku sebaya. Aku bangga punyai isteri yang cantik, lemah – lembut, pengetahuan agama yang tinggi dan bersopan santun. Tapi aku silap. Silap aku, aku membiarkan abang – abang dan kakak – kakak aku membuli dan memperlekehkan isteri aku di hadapan saud4ra – mara setiap kali kami pulang ke kampung.
Bila isteri aku mengadu, aku cakap isteri aku mengada – ngada kerana anggapan aku adik – beradik aku sekadar ingin bergurau. Gurauan yang akhirnya menjadi penghinaan demi penghinaan terhadap maru4h isteri aku sedang aku hanya mendiamkan diri walaupun ianya berlaku di depan mata.
Selepas 10 tahun, aku dapati isteri aku mula berubah. Dia menjadi pemarah. Bahasanya semakin kasar. Makin aku marah, mak1n dia melawan. Yang peliknya, bila pulang ke kampung aku.. walau dikutuk abang – abang dan kakak – kakak aku, isteri aku hanya tersenyum lemah tetapi sebaik menaiki kereta untuk ke tempat lain.
Isteri aku akan menjadi perengus dan perkataan ‘Bod0h’ tidak henti – henti diucapkannya. Kami sentiasa berg4duh atas segala perkara. Akhirnya pada hari raya tahun lepas, aku lafazkan cerai di hadapan adik beradik aku apabila aku tidak tahan lagi dengan kata – kata penghinaan abang – abang aku yang mengatakan aku ‘Bod0h’ kerana isteri aku buat air tidak sedap mengikut selera mereka. Kami bercerai.
Aku seperti tidak keruan sedangkan isteri aku cuma menitiskan air mata sambil bibirnya mengukir senyuman pahit. Aku ikut kata – kata adik beradik aku yang mengatakan isteri aku akan sembah aku untuk rujuk semula.
Aku cuma perlu tunjuk lagak sebagai lelaki, namun hari demi hari aku tunggu. Isteri aku menghilang bersama 4 anak kami. Sehingga habis tempoh edah. Isteri aku tidak pernah telefon atau datang untuk rujuk atau meminta nafkah anak – anak yang sengaja aku tidak bagi atas hasutan adik beradik aku.
Baru-baru ini, aku intip kehidupan isteri aku.. DIA DAH BERKAHWIN LAIN! Aku ekori siang dan malam. Aku lihat anak – anak aku sangat mesra dengan lelaki yang mereka panggil papa. Aku lihat bekas isteri aku sangat hormat kepada lelaki tu.
Aku tak dapat tahan diri, semalam aku sengaja solat maghrib di masjid yang selalu mereka pergi untuk solat. Aku sengaja solat bersebelahan lelaki itu. Akhirnya aku tewas bila anak lelaki aku memanggil aku ayah apabila menyedari aku ada di situ selepas solat.Lelaki itu hanya mengangguk kepala dan tersenyum.
Dia tersenyum sambil mengusap kepala anak lelaki aku dengan mesra. Sedang aku tidak pernah sekalipun menyentuh kepala anak – anak aku begitu. Dan aku tanpa segan silu bertanya, apa yang dia lakukan sampai bekas isteri aku nampak sangat taat kepadanya. Dia cakap.. “kata – kata yang baik adalah doa.
Dia dan keluarganya sentiasa bercakap baik tentang Marliyana (ex wife aku) dengan sesiapa sahaja. Itu doa dari kami untuknya..” Aku terdiam. Baru aku sedar dari hari pertama aku berkahwin, aku tidak pernah mendengar adik beradik aku berkata yang baik tentang isteri aku.
Yang aku dengar cuma ‘isteri aku tak pandai masak, isteri aku buat air tak sedap, isteri aku masak tak sama macam keturunan kitorang masak’ (walau hakikatnya kami hanyalah orang felda dan tak ada keturunan makbapak aku yang buat katering or jadi chef), isteri aku pakai cantik sebab nak mengorat jantan’ dan macam – macam lagi yang tak mampu aku sebut di sini.
Dan aku sebagai suami hanya membiarkan sahaja tanpa sedar ianya melukai hati isteri aku dan merosakkan perkahwinan kami. Jadi buat suami – suami kat luar sana, lindungilah isteri masing-masing dari mulut – mulut jahat yang ada dalam keluarga korang.
Jika tidak korang hanya akan ada isteri yang derh4ka kerana kecewa dengan sikap ‘tidak kisah’ suami dan akhirnya korang akan sendirian seperti aku.. Allahu Akbar.. apa yang dah aku abaikan sebagai suami ?
Baca juga: Kuala Lumpur No 6 paling banyak dikunjungi di dunia, kalahkan New York & Seoul