“Derma tabung pilihanraya lagi afdal dari tabung masjid” – Mokhtar Senik

Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Mokhtar Senik mendakwa derma kepada pilihanraya adalah lebih afdhal berbanding derma lain.

Melalui video yang ditularkan di laman tiktok itu, Mokhtar mendakwa ulama sependapat dengan beliau.

“Antara derma yang afdhal ialah derma tabung pilihanraya”.

“Dan ulamak menyatakan lebih afdhal berbanding tabung bina masjid”.

Beliau menyatakan jika orang ramai menderma kepada tabung bina masjid, ia hanya akan bina surau dan masjid.

Namun jika menderma kepada tabung pilihanraya, ia akan dapat membina negeri dan juga dapat membina beratus masjid yang akan memberi manfaat kepada orang ramai.

“Sebab tabung bina masjid bina surau je masjid”.

“Kalau bina negeri, tuan- tuan boleh bina beratus masjid”.

Untuk makluman, pilihanraya umum 2023 akan membabitkan enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Baca juga: Pad masih ada sisa darah atas peti ais, aku nekad keluar lepas ‘hometour’ rumah sewa dari neraka