Dhabitah Sabri masih beraksi dengan pakaian renang, Jiggy Masin akui sudah ‘redha’

Pelakon, pengacara, dan pelawak terkenal, Jiggy, 34 tahun telah berbincang dengan isterinya, Nur Dhabitah Sabri, yang juga seorang atlet terjun negara mengenai ketidakselesaan yang dialami oleh isterinya ketika mengenakan pakaian renang semasa beraksi dan dipertontonkan kepada umum.

Perbincangan ini juga berlaku sebelum mereka mendirikan rumah tangga dan penerjun renang negara tersebut ada meminta izin darinya untuk terus aktif hingga Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Jiggy menjelaskan bahawa isterinya, Dhabitah, menyatakan pendiriannya bahawa jika ada satu format pakaian baru yang dicipta untuk menutup aurat, Dhabitah akan menyokong dan menggunakan sepenuhnya.

Baca Artikel Penuh