Dhabitah Sabri teruk kena cyberbully selepas berada di kedudukan terakhir di final

Sejak awal kemunculannya di Olimpik Paris 2024, penerjun utama negara Nur Dhabitah Sabri teruk kena ‘cyberbully’ oleh netizen di Malaysia. Mana tidaknya apabila soal pemakaian renang yang dipakai olehnya dikecam hebat oleh mereka yang tidak senang melihatnya.

Penerjun negara itu turut mengalami cyberbullying selepas penampilannya dalam beberapa kejohanan. Komen-komen negatif yang menyentuh mengenai prestasi dan penampilannya di media sosial menjadi cabaran mental yang besar bagi Dhabitah.

Namun, dengan sokongan keluarga, rakan-rakan, dan jurulatih, beliau berjaya mengatasi cabaran tersebut dan terus memberikan persembahan yang terbaik.

Dalam komen-komen di media sosial rata-rata memberikan kata-kata semangat supaya jangan putus asa walaupun mendapat di kedudukan terakhir semasa acara finalnya di Paris pada Jumaat lepas.

Baca: Ramai taktahu ada pemain Malaysia kalahkan Victor Axelsen masa muda, kalau sebut nama ni..