Ia dilihat seperti sudah menjadi trend apabila ke Mekah bukan main lain bekejar untuk dapatkan pahala solat jemaah tapi apabila pulang hanya solat sendirian di bilik.
Menerusi akaun pengguna TikTok, pejuangpondok8734, Ustaz Mokhtar Yaakob meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir individu yang hanya beribadah ketika melakukan haji atau umrah.
Tapi individu ini juga enggan melakukan hal sama di rumah dan di masjid dalam negara sendiri.
“Sekarang ini, jadi satu trend semua orang pergi umrah. Kalau boleh, satu keluarga, satu kampung pergi umrah. Tetapi, lepas balik umrah, tidak datang ke masjid.
“Balik dari umrah, sibuk cerita seronoknya sembahyang berjemaah. Tetapi, 12 hari di Mekah itu sahaja ke berjemaah?,” katanya dalam video sama.
Tambah ustaz tersebut, ada sesetengah orang yang sanggup panggil mutawwif seawal pukul tiga pagi di Mekah semata-mata untuk menunaikan solat jemaah.
“Tetapi, bila dah naik kapal terbang, ustaz minta niat sembahyang jamak, ada antara kita yang lebih sanggup qada solat.
“Belum turun kapal terbang lagi sudah minta qada sembahyang. Jadi, tidak pelik sekiranya ada yang sudah menunaikan umrah tetapi Allah masih tidak beri hidayah,” katanya.
Ada segelintir netizen menyelar tindakan individu yang pergi ke Mekah semata-mata untuk media sosial namun ada juga yang menyatakan mereka terlalu sibuk dengan kerja.
“Betul ustaz, muat naik dalam sosial media, terutamanya artis. Balik Malaysia tak kisah pun degan surau, masjid.
“Sebab syarat nak pergi umrah, haji mesti mampu, jadi ramailah yang nak tunjuk mampu sebab tu jadi trend.
“Masa di Mekah, mood jalan-jalan sambil beribadat tapi bila balik (negara sendiri), ada tanggungjawab kerja, masyarakat, negara, keluarga dan lain-lain,” antara komen warganet.
Mungkin mereka yang membuat video atas tujuan untuk berkongsi pengalaman dengan mereka tidak berkemampuan, mungkin supaya dapat berusaha keras lagi.
Baca: Whatsapp bakal dirakam dan dikendali kerajaan? Tak sangka ini jawapan Kementerian Komunikasi