Kerap kali kita mendengar kisah orang yang kurang berkemampuan akan menambah anak menjadi lebih ramai kerana percaya pada rezeki.
Benar, di dalam islam juga kita perlu mempercayai adanya rezeki yang Allah akan kurniakan namun ia perlulah seiring dengan usaha bukan hanya mengharapkan semata-mata.
Wanita ini berkongsi kisah sesetengah keluarga yang kerap menambah anak dengan kepercayaan adanya rezeki namun tidak mahu berusaha malah ia dilihat sebagai penganiyaan kepada anak anak yang tidak mencukupi keperluannya.
Assalamualaikum semua, aku sebenarnya nak luah kan perasaan sedikit. Kita khususnya masyarakat melayu setiap kali ada anak mesti akan cakap, anak itu rezeki. Tapi korang perasan tak kenapa orang kaya atau berkerjaya ada anak setakat sorang dua atau tiga.
Tapi bila orang yang kurang berkemampuan ni, anak sampai 7 – 8 orang. Kadang-kadang tu berbelas – belas. Kalau selalulah terjumpa atau perasan post ke atau rancangan pasal orang miskin mesti ahli keluarga diorang ni anak dia ramai sampai 4 – 5 orang.
Tapi mesti ada juga yang cakap “Takpelah anak ramai kan anak rezeki❞ tapi hujungnya, anak tak dapat sekolah. Rumah tak terjaga anak tak cukup pakai dan makan. Kan kesian dekat budak-budak tu. Kalau kau ambik contoh orang yang berkerjaya atau kategori senang.
Diorang dah ada perancangan awal, anak nak berapa dan berapa jarak umur anak tu. Macam akak aku, dia suami isteri boleh dik4tegorikan senang. Tapi bab perancangan keluarga dia atau bahagian anak ni jauh ke depan. Bukan setakat sebulan dua, tapi untuk anak dia bertahun-tahun akan datang.
Aku pernah tanya, akak perlu ke rancang sampai detail macam ni. Dia cakap perlu, sebab bagi akak aku dengan suami dia anak ni sangat berharga. Jadi kalau boleh dia nak bagi yang sebaik mungkin tapi masih dalam jangkauan kos.
Memang ramai akan cakap, “dik akak kau orang senang boleh lah rancang macam tu”. Bukan pasal senang ke tak. Walaupun kita susah yang penting kita rancang betul anak kita. Ayah dengan mak aku orang susah. Jadi ayah dengan mak cakap dalam rancangan diorang cuma mampu 2 anak.
Tapi Alhamdulilah sebab rezeki jadi tambah lagi satu dan 3. Jarak umur kami adik beradik pun jauh. Ini pun ayah dengan mak rancang. Sebab itu bila aku dengar cerita ayah ke mak, macam mana diorang susah dulu. Tapi m4kin lama rezeki tu m4kin limpah ruah.
Bukan lah aku nak kutuk orang susah ke apa, memang anak itu rezeki. Ayah dengan mak aku sendiri cakap lepas dapat akak rezeki macam mana, dapat aku rezeki macam mana. Akak aku pun cerita waktu dapat anak dia rezeki macam mana.
Baru-baru ni ada satu keluarga viral ni, dia memang dah susah. Tapi eh tambah anak lagi satu, siap masuk surat khabar minta bantuan. Kalau kau baca pun s4kit hati sebenarnya, dia cakap anak dia rezeki. Tapi nak besarkan anak terp4ksa minta bantuan orang ramai.
Kalau mungkin dekat sini, aku selalu jadi sukarelawan bantu orang miskin. Ini dari pengalaman aku tak tahu pengalaman orang lain. Hampir kebanyakan keluarga yang aku datang tolong tu anak ramai weyh. Rumah kecik, bila aku masuk tu tengok fuh 6 orang anak dia.
Ada anak kecik pula tu baru 2 bulan. Dengan banyak barang tak lengkapnya, bila salah sorang dari kumpulan kami tanya “anak baru ke ni?” Si suami tu sambil gelak sambil jawab ya. Padahal anak beza setakat setahun dua.
Anak dia ni pula nak makan telur tu sebiji rebus lepas tu potong dua. Kongsi, sampai berebut – rebut. Kalau satu dua rumah tak apa, ini hampir majoriti. Dalam record aku. Aku dah melawat 129 buah rumah. Lebih kurang 102.
Semua tu anak ramai lebih dari 4. Dan semua kategori susah. Anak ramai kalau terjaga tak apa. Aku kenal sorang ni pak usman. Anak dia 8 orang, dia ni kerja gigih siang kerja lain malam kerja lain. Isteri dia pun sama. bagi diorang benda yang paling penting keselesaan anak-anak.
Rumah dari kecik satu bilik jadi dua bilik lepas tu jadi 3 bilik. Sekarang ni rumah besar anak dah berjaya semua. Pak usman ni pun sekarang rajin bantu orang miskin. Padahal dulu duduk rumah sempit anak 6 orang. Tapi sebab dia suami isteri usaha anak sampai senang.
Tapi bila kau tengok keluarga yang miskin anak ramai. Kerja malas, nak harapkan bantuan sahaja. Lepas tu yang lelaki duduk warung je memanjang isteri jaga anak. Kerja malas lepas tu anak ramai tak cukup makan. Minum kopi berejam.
Dulu aku pernah juga terjumpa komen pasal orang kaya sibuk cari duit, orang miskin pula sebab tak ada kerja sibuk buat anak. Dulu aku ingat ni setakat komen sinis dekat orang miskin. Rupanya memang betul. Yang paling aku geram, kalau kita sedar diri kita ni miskin dunia.
Sekurang-kurangnya kayakan lah akhir4t. Ini tidak, solat entah ke mana. Main nombor ekor, dan banyak lagi. Dulu aku pernah ternasihat satu pakcik ni. Aku cakap dengan dia, “pakcik anak tu jangan ramai. Cuba tengok orang yang senang anak tak ramai pun,” aku kena marah balik dan siap cakap yang anak rezeki. Padahal budak tu nak makan pun tak cukup dan pakcik tu pula tenang hisap rokok daun dan secawan kopi. – Najib
Baca juga: Beku sejak 46,000 tahun lalu, saintis hidupkan semula cacing yang hidup sejak zaman gajah mamut