Dia ceraikan isterinya kerana gemuk lalu kahwini janda, rupanya tersilap langkah terjerat hutang isteri baru, ituah yang terjadi kepada seorang lelaki.
Kisah keinsafan yang dikongsikan daripada seorang lelaki kepada pengguna TikTok ini membuatkan sendiri rasa sedih.
Menurut Zaleha Baba di TikToknya berkongsi kejadian ini yang berlaku kira-kira dalam 4 ke 5 tahun yang lepas di mana seorang lelaki tersilap langkah yang jatuh cinta kepada wanita lain yang berstatus janda.
Dia menceraikan isterinya dengan menggunakan alasan bahawa isterinya itu dah naik berat badan padahal lelaki tersebut akui bahawa kenaikan berat badannya itu bukanlah keterlaluan.
Dalam masa 3 bulan, dia dapat tahu yang isteri baharunya itu terikat dengan banyak hutang dan lelaki tersebut kena tanggung.
Lebih teruk lagi, perkahwinan yang rupanya adalah satu ‘modus operandi’ si janda itu adalah hasil kesepakatan antara si janda itu dengan bekas suaminya. Selepas 2 tahun perkahwinan itu, lelaki ini jadi tidak tahan dan menceraikan si janda tersebut.
Menyesal dengan tindakannya, dia mencari semula bekas isterinya yang dia telah khianati dahulu. Namun begitu, amat mengharukan buat dirinya apabila dia takkan dapat bertemu dengan bekas isterinya itu.
Bekas isterinya itu rupa-rupanya telah meninggal dunia ketika usia perkahwinan lelaki itu dengan si janda berusia setahun.
Lebih menyedihkan lagi, semasa lelaki itu bertanya kepada bekas adik beradik iparnya, bekas isterinya itu terlampau taksub untuk kurus sejak dia diceraikan kerana tercabar.
Nasihat Zaleha buat lelaki yang menghantar kisahnya ini menerusi DM, biarpun dah terlambat untuk memperbaiki keadaan, sekurang-kurangnya dia ada usaha.
Baca juga: Tak sampai 5 minit wau bulan gergasi milik Pas megah berdiri akhirnya tersungkur lalu menyembah bumi