Nama pempengaruh yang popular dengan cabaran ‘tebuk Al-Quran’ terus menjadi perhatian selepas bekas tunangnya menunjukkan satu-satu bukti mengenai perangai sebenar pempengaruh tersebut.
Sebelum ini, pempengaruh berkenaan menafikan dakwaan serta merta dan menegaskan ianya adalah fitnah semata-mata.
Terbaru, seorang wanita yang mendakwa dirinya merupakan bekas bakal tunang influencer terbabit mendedahkan sesuatu yang sangat menakutkan.
Wanita terbabit menunjukkan screenshot mesej dipercayai di antara influencer terbabit dan ibunya. Si ibu didakwa merendah-rendahkan dirinya termasuk mengutuk keluarga sehari selepas majlis merisik.
Wanita mendakwa bekas tunang pempengaruh itu jugak menunjukkan bukti bahawa merea memang ke kursus perkahwinan bersama.
Dalam hantaran lain, wanita ini berkata dia mempunyai sebab kenapa baru bersuara ketika ada isu hangat dikaitkan dengan pempengaruh itu. Namun, wanita ini tidak menjelaskan secara terperinci.
Baca: Pelajar tak duduki SPM nak buat apa? Suruh mereka masuk GiatMARA kuasai kemahiran