“Dia dulu taat agama, kerap taja orang buat umrah” – Ini rupanya kisah sebenar wanita ‘serang’ masjid

Tak sangka seorang wanita di Pulau Pinang yang ‘serang’ Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Feringghi pada 1 Ramadan lalu rupanya dulu taat kepada agama dan kerap taja orang buat umrah.

Itu didedahkan sendiri oleh Pengerusi Kariah masjid berkenaan, Ismail Din selepas dihubungi kakak kepada wanita bermasalah gangguan mental itu.

“Wanita itu mendakwa adiknya sebelum ini seorang yang taat kepada agama dan sering menaja individu bagi menunaikan umrah.

Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Feringghi

“Dia kemudian menetap di London sebelum mengalami gangguan kesihatan mental sebaik pulang ke tanah air,” lapor Harian Metro.

Terdahulu, heboh penduduk dan kariah masjid berkenaan apabila seorang wanita tanpa menutup aurat masuk ke ruang solat lelaki dan bertanyakan soalan kurang sopan.

Tindakan wanita yang ‘sakit’ itu kira-kira pukul 10 malam pada 12 Mac lalu sebenarnya adalah kali ketiga dia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap aktiviti masjid tersebut.

Dua kali sebelum ini, dia meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi kiriman surat kepada siak masjid.

Wanita terbabit mendakwa laungan azan Subuh di masjid itu mengganggu jiran yang sedang tidur.

Dalam kejadian kali ketiga selepas solat tarawih 1 Ramadan itu, wanita tersebut bertanya kepada seorang jemaah mengenai suara bacaan bilal serta imam terlalu kuat sehingga mengganggu kejiranan.

Harapan Pengerusi Kariah masjid

Sehubungan itu, Ismail Din berharap orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri dan bertenang serta serahkan kepada tindakan polis.

“Kami juga tiada tindakan susulan, cuma merancang mahu mengadakan majlis pertemuan supaya dia boleh membuat permohonan maaf serta merapatkan kembali ukhwah kedua-dua pihak.

“Kami faham dia ‘sakit’ dan tidak mahu ia berlarutan, cuma biar sahaja pihak berkuasa jalankan tindakan,” katanya.

Jelasnya, dalam kejadian pada 12 Mac lalu, wanita berkenaan datang sendirian dan kebetulan ketika itu kebanyakan jemaah melakukan solat sunat witir serta hampir selesai.

“Pada mulanya saya tidak mahu panjangkan hal berkenaan namun apabila insiden itu tular di media sosial, pihak pengurusan masjid terpaksa membuat laporan polis bagi mengelak kejadian yang sama berulang,” kata Ismail lagi.

BACA JUGA “Bini OKU aku je yang lalu jaga aku masa koma, tapi time dapat duit pampasan family aku pulak nak take over”