“Dia terlalu lapar”- Wanita lupa isytihar sandwich, kena denda RM9,000

Seorang wanita dari New Zealand yang melancong ke Australia didenda sebanyak NZ$3,300 (RM9,395) kerana membawa masuk ke negara tersebut sekeping sandwich ayam yang belum dimakan, seperti yang dilaporkan oleh laman berita South China Morning Post kelmarin.

June Armstrong, 77 tahun menaiki penerbangan dari Christchurch menuju lapangan terbang Brisbane di timur laut Australia pada 2 Mei lalu,

Jabatan Pertanian, Perikanan, dan Perhutanan Australia memberikan respons mengenai kejadian itu kira-kira enam bulan setelah dihubungi oleh New Zealand Herald.

Armstrong menyatakan bahwa sebelum penerbangan, dia membungkus sandwich dan meletakkannya di dalam beg namun dia lupa untuk mengisytiharkan sandwich tersebut.

“Semua orang yang saya tunjukkan denda itu terkejut, mereka tidak mempercayainya,” tambah Armstrong.

“Daging mempunyai syarat import yang ketat,” kata seorang jurucakap pihak berkuasa dan menjadi satu kesalahan untuk membawa barang makanan dilarang ke Australia.

Baca juga: “Entah-entah laki dia kelaut”- Abg Tesla sound netizen, suruh tengok suami sendiri sebelum sibuk hal Alif Teega