Melihat banyak yang merungut, pelakon Diana Danielle mengecam sikap segelintir individu yang tidak bersyukur dengan jumlah duit raya yang mereka terima.
Bagi Diana, 33 tahun duit raya dipandang sebagai satu bentuk sedekah dan bukan sebagai kewajiban kepada mana-mana individu pada Hari Raya.
“Sekarang ini orang tak faham ke bahawa duit raya itu bukan wajib tetapi merupakan bentuk sedekah mengikut keikhlasan hati dan kemampuan seseorang.
“Seringgit atau seratus ringgit, nikmati sahajalah suasana perasaan ini. Hendak rasa berlagak dan judge (hakimi) sangat dah kenapa,” katanya dalam aplikasi X baru-baru ini.
Dia turut berpendapat duit raya bukan kewajipan dan tidak seharusnya dijadikan isu lebih lebih lagi pada bulan mulia ini.
“Sehingga ada yang kata ‘kalau banyak ini, baik tak perlu bagi’. Apa, ingat nafkah ke?
“Bertenanglah,, saya pun pernah dapat RM10 daripada pak cik saya dan ketika itu hati terasa berbunga-bunga
“Faham tak berseronok? Ini kerja asyik tak puas hati sahaja,” katanya lagi. –
Baca juga: Lelaki nekad ‘modified’ 35 motor RXZ jadi pagar rumah, tapi lain pulak yang netizen komen