Diana letak emoji mini love kepada Farid kerana bagi bunga, Neelofa siap tag suaminya “sayang nak bunga warna biru ok”

Pelakon Diana Danielle telah meletakkan emoji ‘cair’ dan mini love kepada suaminya itu kerana bagi bunga kepadanya.

Ekoran daripada itu Neelofa menyaksikan Diana telah menerima sejambak bunga daripada Farid Kamil sewaktu menjalani penggambaran fotografi jenama Naelofar.

Dalam pada itu, Neelofa juga sempat merakamkan momen Diana tersenyum sambil mencium bunga yang diterimanya itu.

Apa yang menarik perhatian apabila Neelofa sempath meminta suaminya Haris Ismail untuk memberikannya sejambak bunga berwarna biru.

“Daripada siapa tu? Farid Kamil hadiahkan bunga sewaktu Diana berada di set penggambaran Naelofar.

“Sayang, Haris (suami) nak bunga please… warna biru ok?” katanya di Insta Story.

Diana kemudiannya memuat naik semula hantaran yang dibuat oleh Neelofa itu dan ‘mention’ Farid Kamil.

Diana turut meletakkan emoji ‘cair’ dan mini love kepada suaminya itu.

Sebelum ini, Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, memberitahu keputusannya untuk kembali bersama Farid dibuat kerana enggan melihat anak-anak hilang rasa kasih sayang seorang bapa.

Menurut Diana, dia dibesarkan tanpa merasai rasa kasih seorang bapa, justeru itu tidak mahu anaknya iaitu Muhammad dan Aurora turut melalui kehidupan sama.

Untuk rekod, Farid mendirikan rumah tangga dengan Diana pada 3 November 2012 dan memiliki dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Bagaimanapun, pada 10 Ogos lalu, pasangan selebriti ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula.CARI

Baca juga: ‘Saya mahu anak selamat, tidak mahu orang kata sebab banyak duit kemudian nak akses CCTV’