Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan Blackpink yang kini melakukan konsert World Tour dan baru sahaja selesai di Hanoi, Vietnam.
Baru-baru ini, ketika sedang melakukan persembahan di Hanoi, seorang peminat telah melemparkan anak patung kepada ahli kumpulan Blackpink yang ketika itu sedang berborak bersama peminat di atas pentas.
Nekad mahu mengajar peminat, Lisa Blackpink tampil dengan mencampakkan semula anak patung tersebut kepada peminat dan reaksi mukanya kelihatan agak marah.
Untuk pengetahuan, Blackpink sudah beberapa kali mengingatkan peminat supaya tidak melontarkan apa apa barang kerana mahu menjaga keselamatan semua orang.
Menjengah ke ruang komen, masing masing menyokong perbuatan Lisa kerana menganggap peminat makin melampau.
“Badan dia pernah kena baling hadiah dari peminat, cuba hormat dia orang.
“Nak beri hadiah bukan macam itu caranya, ada cara lebih elok.
“Mungkin dia baling sebab tahu dalam patung itu ada kamera. Bagus tindakan Lisa!” antara komen netizen.
Baca juga: Tidur hanya dua jam, Bell Ngasri teruja dapat hadiah kereta mewah