Didakwa beri pengiktirafan pakej ‘kahwin di Siam’, ini amaran keras dari JAKIM

JAKIM tidak pernah memberikan sebarang pengiktirafan kepada pihak mana pun untuk menawarkan pakej perkhidmatan perkahwinan di Thailand, sebagaimana yang dipromosikan di platform media sosial.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyatakan bahawa dakwaan yang mengaitkan JAKIM tersebut palsu. Beliau menegaskan bahawa tindakan yang diiklankan bertentangan dengan peranan JAKIM dalam memastikan masyarakat Islam mematuhi hukum dan undang-undang.

“Contohnya kalau kahwin poligami dilakukan di Thailand ikut pakej, jadi status perkahwinan itu mungkin diragui sama ada sah atau tidak.

Baca Artikel Penuh