Baru-baru ini muncul sebuah berita yang kurang sedap untuk didengar, seorang isteri kepada salah seorang calon PRN di Terengganu dikatakan sudah 9 bulan digantung tak bertali
Seorang wanita mendedahkan bahawa dia telah digantung tak bertali oleh suaminya yang merupakan calon di Dewan Undangan Negeri untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu.
Memurut Ezza Suria Muda, 38, yang juga seoarang kontraktor muncul desas desus mengatakan dirinya telah diceraikan namun sehingga kini tuan empunya badan tidak menerima sebarang dokumen perceraian itu.
“Selepas kantoi, suami berjanji akan memujuk isteri pertamanya untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan cara yang baik, namun sebaliknya berlaku.
“Sampai sekarang saya tidak tahu status saya macamana sebab suami berdiam diri dan cuba mengelak apabila saya cuba mengajak berbincang. Kami berhubung kali terakhir pada April lalu menerusi aplikasi WhatsApp dan suami minta supaya saya bersabar,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Ezza Suria berkenalan rapat dengan ahli politik itu yang juga merupakan Timbalan Exco Kerajaan Negeri pada 2019, ketika masih bergelar isteri kepada lelaki lain.
“Perkahwinan saya sebelum ini tidak dapat bertahan lama, saya dan bekas suami bercerai pada hujung 2021 dan saya kemudiannya berkahwin dengan ahli politik itu pada Mac tahun 2022 dengan ditemani dua rakan kami.
“Saya hanya mahu tahu status saya sebab dah hampir sembilan bulan saya digantung tidak bertali. Ada desas-desus mengatakan saya telah dicerai, namun sehingga sekarang saya tidak menerima sebarang dokumen perceraian,” katanya.
Ditanya sama ada pendedahannya ini satu muslihat untuk menjatuhkan karier ahli politik itu pada PRN kali ini, Ezza Suria berkata, dia tidak berniat berbuat demikian dan telah lama berusaha mendapatkan penjelasan daripada lelaki itu, namun gagal.
“Beberapa bulan lalu, saya ada berjumpa beberapa pemimpin parti tersebut untuk mengadu berkenaan masalah ini dan mencari jalan penyelesaian terbaik, namun apabila diajak bersemuka, suami saya enggan bekerjasama dan sehingga kini tiada penyelesaian,” katanya-Utusan.