Spekulasi timbul sebelum ini selepas ada yang mengaitkan pemangku Sultan Johor Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ dalam isu simbah asid Faisal Halim.
Baginda menegaskan bahawa merasa pelik selepas isu ini timbul.
“Yang pertama sekali, budak ini adalah budak baik (Faisal). Saya tak tahu hidup peribadi dia, cuma macam contoh apa yang terjadi pada dia tu kita ‘condem’lah.
“Tetapi apa kena mengena dengan saya? Ada orang nak cakap, oh TMJ ‘mastermind’. Eh, kalau saya nak habiskan orang saya ada target-target lebih besar dalam dalam negara ni.
“Yang ambil duit rakyat, yang menyusahkan rakyat, yang bertanggungjawab dengan ‘constitional crisis, yang bertanggungjawab dengan rompak hasil duit rakyat. Yang ni lebih penjenayah bagi saya yang perlu dihapuskan bukan pemain bola sepak.
“He just a footballer, dan takkan la orang Selangor tak boleh berfikir dengan cara rasional. Saya nak habiskan Faisal Halim buat apa?
“Kami JDT, lawan dengan Selangor tahun lepas, 4-0, 4-0, 2-0 Faisal Halim main. Jadi Faisal Halim buat ancaman buat saya. Jadi dia merupakan pemain bagus. Dia main untuk pasukan kebangsaan (Harimau Malaya) dan dia orang yang peramah tetapi kita tak tahu hidup peribadi dia dan tak tahu agenda di sebalik serangan tersebut.
“Tetapi benda-benda macam tu pun orang nak cakap saya buat. Pihak polis buat ‘cover up’ lah, macam-macam. Kalau saya nak buat kerja yang bukan-bukan saya takkan pakai polis, polis sendiri pun saya tak percaya.
“Saya pun rasa macam hina juga. Macam bapuk main buang-buang asid. Macam bapuk. Macam lembik main-main buang asid, kalau nak habiskan orang kita habiskan terus.
“Tapi itulah yang saya cakap, macam mana orang boleh tak ada isu semua benda nak kaitkan kat sini,” katanya ketika beliau ketika TMJ mengikuti satu program podcast dalam program Johor Youth Meetup By Orang Muda Johor (OMJ) sebentar tadi di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri.