Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelantikan Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Memetik dari Malaysiagazzete katanya, bukan beliau yang memilih Azam untuk memegang jawatan itu dan satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) melakukan pelantikan itu.
“Proses lantikan tidak begitu begitu mudah, harus melalui satu proses dan diperakui oleh jawatankuasa di mana KSN yang mengemukakan cadangan nama (Azam Baki).
“Bukan saya yang pilih, tapi dicadangkan jadi saya fikir proses itu (pelantikan Azam Baki) tidak salah dan teratur, jangan kaitkan saya dengan kes ini,” katanya dalam sidang media Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN), sebentar tadi.
Azam dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM semasa Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri.