Diekori dari tahun 2016, wanita ini rayu bantuan netizen untuk cari keluarga lelaki psycho

Tular di laman sosial instagram dari halaman @acaciadiana yang mendakwa menjadi mangsa stalker dari tahun 2016.

Mangsa mendakwa suspek, Syafiq Rosli telah mengikutinya hingga ke United Kingdom dan telah ditahan di sana atas kesalahan mengekorinya.

Suspek juga diberi tarikh perbicaraan di sana namun telah melarikan diri.

View this post on Instagram

A post shared by Acacia Diana (@acaciadiana)

“Hi everyone. I am so tired and angry and malas to layan this Shafiq Rosli person anymore. sopert99 . If anyone knows him and his family in real life.. please get him some help?”

“He stalked me to the UK, was arrested, released pending a court date, then fled the country and missed his court date.”

“Dah bertahun. penat lah. Im so mentally done.”

Mangsa mengakui telah bersabar selama beberapa tahun namun keadaan makin teruk menyebabkan wanita ini mahu mengambil tindakan.

Malah ketika ini juga, suspek masih lagi menghantar kiriman mesej yang memberi bayangan bahawa lelaki ini masih bebas tanpa dikenakan apa apa tindakan polis.

Mangsa turut memberikan beberapa bukti kiriman gambar yang menunjukkan alat sulit suspek yang dihantar berkali-kali.

Wanita ini memohon pertolongan netizen untuk mencari keluarga suspek dan juga memohon bantuan pihak polis demi keselamatannya.

Baca juga: ‘Mak nyah’ nekad guna tandas awam, wanita muslim pula disuruh betulkan tudung di surau