Diekori dari tandas hingga ke surau perempuan, sempat rakam wanita lain salin baju rupanya wanita di sebalik purdah ialah seorang lelaki

Menjaga aurat sudah menjadi kewajiban untuk wanita muslim. Ada wanita yang sangat menitik beratkan aurat mereka dari terdedah kepada ajnabi.

Baru-baru ini satu klip pendek telah dikongsi oleh pengguna TikTok @miftahonchannel yang menunjukkan seorang lelaki telah ditangkap berpakaian wanita.

Lelaki itu berpakaian serba hitam dengan wajah ditutup dengan purdah. Melalui klip yang dikongsi itu, seorang wanita telah memanggil beberapa orang lelaki lain untuk kepastian identiti wanita purdah itu.

Menurutnya, wanita purdah itu telah mengekorinya dari tandas hingga ke surau perempuan. Dia berasa curiga dengan tingkah laku wanita purdah itu dan memutuskan untuk meminta pertolongan.

Apabila ditanya wanita purdah itu tidak mahu bercakap dan hanya menggunakan isyarat tangan untuk menjawab soalan yang ditujukan.

@miftahonchannel HATI² kepada wanita² diluar sana #wanitamuslimah #wanitabercadar #niqabis #muslimah #muslimahbercadar ♬ bunyi asal – miftahchannel

Suaranya juga kedengaran agak aneh seperti dibuat-buat. Lalu, mereka meminta wanita purdah itu untuk menanggalkan purdahnya dan terbukti dia adalah seorang lelaki.

Wanita itu tidak dapat menahan sebak kerana sepanjang di surau itu dia yang sedang menukar pakaian telah dirakam oleh lelaki itu menggunakan telefonnya.

Baca juga: Pandu kereta sampai berselisih dengan penghadang jalan, ramai sebak tengok warga emas tetap pandu kereta walaupun sudah uzur