Digital cash punya pasai ramai dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya mereka tidak mempunyai sebarang transaksi melalui internet tidak dapat menuntut wang melalui eMadani.
Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia berjaya mendapatkah wang itu bagaimanapun mereka dikehendaki membeli-belah dengan menggunakan digital cash.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata e-kredit itu akan memberi manfaat kepada 10 juta individu dengan kos RM1 bilion.
Tambahan nilai e-dompet RM100 secara sekali bayar kepada semua rakyat rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan kurang RM100,000 setahun, boleh ditebus mulai Isnin ini.
Tempoh penebusan adalah sehingga 20 Februari tahun depan melalui empat penyedia e-dompet, iaitu melalui MAE, Shoppe, Setel dan TNGo.
“Pendaftaran dan tuntutan kredit eMADANI akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember hingga 20 Februari 2024, membabitkan empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna,” katanya.
Baru-baru ini tular video di TikTok Anak Yusoff seorang nenek mengadu kerajaan pada hari ini agak susah berbanding kerajaan terdahulu.
“Kerajaan dulu senang je bagi duit kat kami kemudian pergi beli tapi kerajaan sekarang ni nak guna TNGo kami pula tak reti.
“Haa tahu mana orang tua-tua nak dapatkan duit RM100 tuuu?
“Duk tunggu lagi kerana 100… awat besar sangat kah 100 tu,” soalnnya.
Dalam pada itu netizen pula ramai-ramai meninggalkan komen.
“Nak buat mcm mana geng2 baya makcik dok undi BN lagi,” komen salah seorang netizen.
“Anak beranak kan ada mokcik .. masalah bagi cash buat shoping online ni utk makanan harian mokcik..”
“Kerajaan ni tak kaji masaalah org tua2,”komen zainmd818.
Baca juga: Kisah sedih Ma’ali, seekor gajah berusia 43 tahun mati kerana hidup sunyi dalam kandang