Seorang pempengaruh ditahan di balai pelepasan di Istanbul, Turkiye kerana gambar passportnya lebih cantik berbanding realiti.
Mengakui insiden itu sangat memalukan, Alisha Marie mendakwa kakitangan bertugas tidak percaya bahawa beliau adalah pemilik passport itu yang sah.
Alisha juga dihalang dari menaiki pesawat dan disiasat di lapangan terbang tersebut.
“Petugas itu memberikan amaran bahawa orang ramai tidak boleh mengambil ‘gambar cantik’ untuk pasport kerana ia berisiko tidak diiktiraf.
“Mereka hampir tidak membenarkan saya menaiki penerbangan saya. Sebab mereka kata saya tidak kelihatan seperti foto pasport saya,” jelasnya.
Rasanya pasti sebab itu pegawai Imigresen di Malaysia sangat strict bab mengambil gambar passport. Kini ramai lebih membuka mata untuk mengambil gambar yang “kurang cantik” disebabkan takut dihalang menaiki pesawat.
Baca juga: FF1 Milik DYMM Sultan Ibrahim