Dua negara yang berada di luar Afrika kini telah melaporkan kes cacar monyet atau mpox yang telah diisytiharkan darurat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Buat masa ini, kerajaan turut berhubung rapat dengan semua negara ASEAN bagi memantau kes cacar monyet yang sedang melanda.
Ramai yang tidak mengetahui simptom-simptom yang terjadi jika terkena penyakit ini malahan mengganggap ia hanyalah demam biasa.
Simptom cacar monyet:
- Demam
- Sakit kepala yang sengit
- Bengkak kelenjar limfa
- Sakit belakang
- Sakit otot
- Kekurangan tenaga
Virus cacar monyet juga boleh disebarkan melalui kontak rapat dengan haiwan dan juga orang yang positive cacar monyet, ia akan melalui:
- Kulit merekah (iaitu gigitan dan calar)
- Darah
- Cecair badan
- Kudis
Virus ini juga tidak akan berjangkit melainkan anda berkongsi tidur dengan pesakit cacar monyet serta mengadakan hubungan intim. Malahan tempat tidur juga berpotensi menjadi tempat tercemar sekiranya tidak dibersihkan dengan segera.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Syamsul Yusof padam gambar Ira Kazar, tapi hantaran Datin Patimah pulak tarik perhatian netizen