Selepas 18 tahun beroperasi, kedai buku BORDERS bakal menghentikan operasinya di Malaysia bermula 31 Ogos tahun ini.
Pengurusan Berjaya Books Sdn Bhd yang juga mengendalikan BORDERS mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan yang menyokong selama ini.
“Kami benar-benar berterima kasih atas kepercayaan dan kesetiaan yang anda tunjukkan kepada kami dan kami tidak akan dapat melangkah sejauh ini tanpa anda.
BORDERS merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Corporation dan lokasi pertama cawangannya adalah di Berjaya times Square, Kuala Lumpur.
Selepas itu ia mula berkembang di beberapa lokasi di Kuala Lumpur seperti Quill City Mall, Bangsar Village II,Hospital Pantai KL dan Hospital Gleneagles.
Jualan dalam talian telah dihentikan sejak 31 mei lalu manakala cawangan di Bangsar Village II akan dihentikan operasinya pada 31 Julai ini.
Borders Group Inc memfailkan muflis pada Februari 2011 dan kemudiannya menutup operasi menjelang September tahun yang sama.
Baca juga: FF1 Milik DYMM Sultan Ibrahim