Dijangka terhempas ke bumi, satelit kehabisan bahan api ini bakal “pulang” minggu ini

Sebuah satelit yang tidak lagi beroperasi akan dijadualkan jatuh ke bumi dalam satu gerakan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Satelit Aeolus milik Agensi Angkasa Eropah (ESA) yang beroperasi lebih lima tahun itu kini kehabisan bahan api dan dijadualkan pulang pada minggu ini.

Satelit seberat 1,360 kilogram itu direka bentuk untuk memasuki ruang atmosfera bumi dan akan ‘dibimbing’ oleh ESA ketika berada di dalam bumi dalam ketinggian kira kira 147 kilometer dari tanah.

Setakat semalam, keempat-empat gerakan kemasukan semula berjaya dilaksanakan dan Aeolus sudah melepasi bahagian atas atmosfera Bumi yang memiliki udara lebih padat. 

Kini, Aeolus berketinggian 160 kilometer dari tanah ketika operasi dijalankan.

Bahan api yang berbaki akan digunakan dalam operasi mengawal satelit itu dan dijangka akan terhempas di tempat terpencil di Lautan Pasifik.

Baca juga: “Aku nekad nak isteri aku lenyap malam tu juga, aku cuma nak bahagia dengan Mia sorang”