Dikatakan hilang selama-lamanya, rupanya dekat lebih 130 tahun, kapal ini ditemui masih elok dan cantik

Bangkai kapal ini berusia lebih 130 tahun, tetapi ramai terkejut ia masih cantik yang ditemui di dasar Tasik Superior.

Terletak 56 kilometer dari Deer Park, Michigan, kapal itu ditemui pada kedalaman 650 kaki (198 meter) di bawah permukaan tasik, menurut Persatuan Sejarah Kapal Karam Great Lakes (GLSHS), yang mengumumkan penemuannya Khamis, lalu.

Ia ditemui selepas pasukan penyelidik dengan kerjasama Marine Sonic Technology menggunakan teknologi sonar untuk memetakan lebih 2,500 batu Tasik Superior, pada musim panas 2021.

Membawa muatan arang batu, Atlanta tenggelam semasa ribut pada 4 Mei 1891. Namun ketika bot penyelamat untuk cuba mendarat, ia terbalik dan hanya dua kru selamat sampai.

Bangkai kapal itu dikatakan terpelihara dengan baik kerana air Tasik Superior yang sejuk.

β€œIa benar-benar mengkagumkan dan masih cantik selepas 130 tahun di dasar tasik,” kata Bruce Lynn, Pengarah Eksekutif GLSHS dalam satu kenyataan, lapor Agensi.

Tasik Superior merupakan tasik air tawar terbesar di dunia jika dikira berdasarkan luas permukaannya (lebih 82,100 kilometer persegi), namun bukan yang terbesar dari kiraan isipadu air.

Bahagian selatan Tasik Superior mencecah sempadan Michigan, Wisconsin dan Minnesota di Amerika Syarikat, namun bahagian utaranya berada dalam sempadan Ontario, Kanada.

Kini masa untuk pasukan penyelidik memberikan konteks tentang penemuan bangkai kapal itu, kata Corey Adkins, Pengarah Komunikasi dan Kandungan GLSHS kepada portal CNN.

Seramai tujuh orang kru kapal berjaya diselamatkan bot penyelamat dan mengambil masa selama berjam-jam sebelum tiba di Stesen Penyelamat Crisp Point.

Baca juga: Gila! Pamer kereta mewah Rolce Royce, Mercedes serta kereta vintaj akhirnya hartawan ini jatuh miskin semula