Dikatakan sudah bercerai, Nabila upload video di Tiktok

Sebelum ini tular mengenai Engku Emran dan Noornabila yang dikatakan sudah bercerai hanya disebabkan Nabila bertindak menurunkan gambar bersama suaminya di akaun Instagram.

Sebuah portal hiburan popular di negara seberang, TribunJatim.com melaporkan, pasangan tersebut dikhabarkan sudah bercerai dan menyifatkan Engku Emran yang merupakan seorang usahawan bukan orang atau lelaki sembarangan.

@noornabila00

Macam2 kejadian ketika solat ya #jebatjayden … ( nota: mommy record untuk kenangan.. kantoi pulak dengan anak) #kidsoftiktok #fyp #fypシ゚viral

♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

Namun semua ini ternyata hanya khabar angin. Nabila menggunakan akaun TikTok memaut naik satu video yang merakamkan mereka bertiga solat berjemaah.

Dalam klip terbabit menunjukkan Jebat cuba membetulkan kamera telefon dengan meletakkannya di bahagian hadapan supaya semua masuk dalam kamera terbabit.

Disitu jelas terlihat Engku Emran dan Nabila sedang solat berjemaah.

Jadi janganlah membuat spekulasi mengenai hal rumahtangga orang, bimbang ia hanya menjatuhkan fitnah sahaja.

Baca Juga: “Nak ke mak atau Ida mati kerana tertekan” – Rozita harap Aliff Syukri padam video gelek

Baca Juga: “Itu gambar ubat aku”-Aliff Syukri bodohkan satu Malaysia!