Dikecam guna perabot mahal tapi duduk di PPR hak orang miskin-Influencer ini pertahankan guna duit sendiri

Dikecam hebat oleh para netizan kerana menggunakan perabot mahal sedangkan tinggal di flat Program Perumahan Rakyat (PPR), influencer ini tetap mempertahakan tindakannya.

Beliau sering memuat naik memuat naik kandungan video di akaun TikTok tentang hiasan dalaman rumahnya ekorang itu telah menerima kecaman orang ramai.

Pempengaruh tersebut yang dikenali sebagai @syamimia_ dikecam kerana menggunakan perabot berjenama mahal walaupun menetap di sebuah flat PPR.

Komitmennya sangat tinggi kerana menetap di Kuala Lumpur walaupun hanya mendiami rumah flat bahkan beliau tidak pernah ditaja oleh mana-mana pihak.

Perabot dan barang elektrik dibeli sendiri bahkan pada awal beli rumah pun ikut tangga gaji.

“Komitmen saya sangat tinggi walaupun rumah flat, sebab duduk Kuala Lumpur. 100 peratus tak minta suami dan 100 peratus rumah flat kos rendah.

“Rumah bukan untuk kandungan video atau studio semata-mata. Saya tidak ditaja, saya hanya Syamimi,” tulisnya dalam InstaStory.

Sebelum itu, sejak semalam, terdapat perbalahan dalam kalangan pengguna media sosial yang mempersoalkan taraf hidup pempengaruh itu kerana menggunakan perabot berjenama.

Susulan itu, ramai yang menggesa wanita tersebut untuk tinggal di kediaman lain dengan mendahulukan rumah PPR kepada mereka yang memerlukan.

“Kenapa semua orang bangga dengan orang duduk PPR tapi barang rumah semua mewah. PPR terang-terang projek untuk orang yang tak mampu,” ciap seorang pengguna.

“Hmm betul. Kalau lalu dekat flat PPR, kebanyakan tengok lah kereta mewah dekat situ. Yang mana menunggu ni hanya mampu temgok. Sepatutnya pindah kalau dah lebih berkemampuan,” ciap Loly.

Walau bagaimanapun, ramai yang menyatakan bahawa pempengaruh wanita itu dan suaminya sememangnya kurang berkemampuan dan mula meraih pendapatan menerusi penciptaan kandungan di TikTok.

“Dia duduk PPR masa dia tak mampu. Selepas buat ‘affliate’ (kolabrasi jenama) baru dia boleh beli semua barang berjenama tu. Takkan dia nak kena jual pula rumahnya,” komen Natasha.

“Kedua-dua ibu bapa dia Orang Kurang Upaya (OKU). Jadi dia memang bersusah dahulu. Bukannya dia ‘rompak’ hak orang miskin. Takkan tak boleh hias rumah ikut citarasa sendiri? Kena tunjukkan macam B40?,” komen Sofea pula.

Baca juga: Awas kereta merah burung lebih gemar melepaskan hajat, tahi burung ada bakteria berbahaya